Tuesday 18 November 2014

H

03:05 AM

Selamat pagi. Masih lagi tak tidur. Masih lagi segar mata ni. Sambil dengar lagu lagu lama, tetiba teringat dia. *pause!

Oh yaa. Bytheway, ending dah semester 6. Tapi tak ada rezeki, kena extand 1 semester sebab ada paper tak ambil lagi. Sedih juga lah. Tapi kuatkan semangat, kuatkan hati, kentalkan jiwa, ikhlas dengan apa yang terjadi. Now! Holiday lah bradaaaaaahhhhhhh. Cuti semester bro! Apa nak buat? Gemukkan kembali badan. Badan dah kurus, tulang terkeluar keluar dah ni. Stress maybe duduk Melaka.

*Play
Layan lagu sedih pagi pagi ni dan tiba..... Hm. Saya masih sayang dia. Saya masih lagi brharap hubungan kita macam dulu, no ones yang kacau, no ones yang menyibuk hal kita. Saya masih lagi berharap we get married and have a kids. We love kiddosss right? Ya. Saya masih berharap. Tapi saya kena redha, ikhlas dan terima apa yang terjadi. But, I won't 😞

Do you still remember first time kita jumpa? Kat mana? Bila? Macam mana? Ingat lagi tak awak? Ingat lagi tak first time awak jumpa family saya? Balik kampung sama? Jumpa makcik pakcik Uncle Aunty? Ingat tak? Saya ingat semua tu. Semua kenangan kita saya ingat..

Kita keluar bersama, breakfast, lunch and dinner, gelak menangis semua saya ingat. Saya tak lupa pun. Saat saya sedih, awak buat saya gelak. Saat saya sakit, awak datang dan gantung 1plastik ubat kat gate rumah sewa saya. Saat saya jatuh, awak ada dengan saya.

Tapi, kenapa sekelip mata berubah?


Thursday 22 May 2014

AL-FATIHAH BUATMU SAHABAT



Sahabat. Hanya tahu menceriakan temannya. Tiada sekeluit kuman engkau menyakiti hati kami. Perginya tanpa pesan. Perginya tanpa khabar kepada kami.

Ya. Allah Maha Berkuasa. Pemerintah seluruh Alam. SubhanaAllah. 

Bertuahnya kamu sahabat. 
Secepat ini kamu berjumpa sang pencipta. 

Bertuahnya kamu sahabat.
Dapat duduk disisi-Nya,

Bertuahnya kamu sahabat,
Dapat melihat Sang Pencipta kita semua.

Bertuahnya kamu sahabat.
Tidak perlu memikirkan hal-hal duniawi lagi.

Moga kamu tenang disana sahabatku Hafizah Hut.
Moga kamu bahagia bersama Allah yang Maha Berkuasa.

Allah. 
Moga-moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Moga-moga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan solehah.
Teranginya tempatnya, lapangkan tempatnya.

Jangan risau ya Ukhti, Kami sentiasa sedekahkan Al-Fatihah buatmu.

Ya Sahabat, 
Suatu saat kita pasti bertemu di alam-Nya. 
Kerana Mati Itu Pasti.

Al-Fatihah...
Nur Hafizah Hut 
210893 - 260414

Saturday 12 April 2014

H

1 year ago--

Habis kelas, macam biasa. Gerak kantin untuk stay sekejap sementara tunggu the next class. Kalau pergi kantin ni tak sah kalau tak cuci mata tau. Hahaha. Kelakar bila ingat balik. Kalau kami duduk, ada je benda nak perhatikan, lepas tu mula lah masing masing mulut pot pet pot pet. And suddenly.....

Terpandang 1 group ni. Taktahu lah kos apa, either mechi or electric. Badan macam bapak orang. Senior kot. Then, terpandang lah seseorang ni, jambu nya muka awk ni, dah lah berbaju pink peach macam tu, tapi macam over je, very control macho. Buwerk! Reject!!!!!!!!!!

Tapi, tetap nak pandang jugak! Ke macam jatuh cinta? Mungkin. Tapi. Halah! Lupakan Wawa. Ingat apa yang dah jadi sebelum ni!!! Tak cukup serik ke?

Setelah beberapa bulan, bermulalah final exam for second semester. Setelah beberapa paper dah habis, kami pun konon nak release tension lah, pergi ke pekan, nak breakfast aje padahal. 1 kedai tu, ada group boyfriend Bella. Kat situ juga lah saya perasan, lelaki yang saya nampak kat kantin tempo hari. Allah. Kecilnya dunia. Pusing-pusing situ juga. Habis ja sarapan kami, bangun lah nak pergi kaunter.

Tiba-tiba--

"Awak nak tolong bayarkan ke?" Tegur lelaki yang tinggi lampai dan berbadan sasa itu. Ewah ewah. Gatal bebenor engko ye mat Jambu poyo ni! Konon menyampah ye. Jeling dan terus bayar ke kaunter. (Alamak macam drama petang pulak) Hihi. Ok sila meluat. Buwerkk!!

Setelah habis bayar sarapan kami, belum sempat ke kereta, kereta kami kena saman. Alaaaaaaaaa. Penghujungnya? Berkawan. Dengan pertolongan seorang kawan, kami berhubung melalui BBM. Alaaaaa, zaman saya ni BBM lah paling popular. Kelakar pulak bila ingat balik.

Untill now we still remember our first time kami berjumpa. Kalau datang je kedai makan ni mula lah masing-masing mengada nak imbau balik kisah lalu. Itu the first thing yang annoyying lah. Kelakar. Siapa sangka, Allah panjangkan tempoh perkenalan kami. Hampir 2 tahun kami berkawan baik. Hampir 2 tahun juga kami tempuh macam-macam dan hampir
2 tahun tempoh yang lama dan mungkin sekejap. Pejam celik pejam celik. 2 tahun usia perkenalan kami.


Ramai haters sebab the guy yang saya kawan ni ramai peminat.........







Wednesday 9 April 2014

Tuhan menguji hambanya.

Allah menguji hambanya. Buka tak sayang, sebab sayang diuji.

Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita hanya manusia kerdil. Tak boleh lari dengan ujianNya

Setinggi mana masalah. Sejauh mana mahu lari.


 Masalah. --tetap ada.