Thursday 22 May 2014

AL-FATIHAH BUATMU SAHABAT



Sahabat. Hanya tahu menceriakan temannya. Tiada sekeluit kuman engkau menyakiti hati kami. Perginya tanpa pesan. Perginya tanpa khabar kepada kami.

Ya. Allah Maha Berkuasa. Pemerintah seluruh Alam. SubhanaAllah. 

Bertuahnya kamu sahabat. 
Secepat ini kamu berjumpa sang pencipta. 

Bertuahnya kamu sahabat.
Dapat duduk disisi-Nya,

Bertuahnya kamu sahabat,
Dapat melihat Sang Pencipta kita semua.

Bertuahnya kamu sahabat.
Tidak perlu memikirkan hal-hal duniawi lagi.

Moga kamu tenang disana sahabatku Hafizah Hut.
Moga kamu bahagia bersama Allah yang Maha Berkuasa.

Allah. 
Moga-moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Moga-moga ditempatkan dikalangan orang-orang soleh dan solehah.
Teranginya tempatnya, lapangkan tempatnya.

Jangan risau ya Ukhti, Kami sentiasa sedekahkan Al-Fatihah buatmu.

Ya Sahabat, 
Suatu saat kita pasti bertemu di alam-Nya. 
Kerana Mati Itu Pasti.

Al-Fatihah...
Nur Hafizah Hut 
210893 - 260414

No comments:

Post a Comment