Friday 4 April 2014

Cinta.

Apa ada dengan cinta?
Apa itu Cinta?

Berkawan. Kenali hati budi. Perangainya very annoying. Tapi itulah saya berkenan.

Cinta tu lumrah. Perasaan yang ada setiap manusia. Tapi jangan cinta kerana nafsu.
Nafsu tu yang akan membuatkan si syaiton bertepuk tangan. Kerana berjaya menundukkan Adam dan Hawa. Nauzubillah Min Zalik.

Ada apa dengan cinta? Cintalah kerana Allah. Bukan cinta kerana paras rupa, bukan juga kerana harta benda. Tapi cinta kerana agamanya.

Iya. Dia menjaga setiap amalannya. Sentiasa mengingatkan saya tentang solat. Sering kali ayatnya, "Wawa jom bersiap, kita solat."

Allahu. Macam mana saya nak lepaskan orang sebegini? Agama itu yang penting. Kenapa cakap begitu? Sebab jawapannya, ada orang lain yang lebih berhak.

Senang apabila diajak berunding. Saya seorang yang keras kepala. Maka, dia lah yang banyak bersabar, layan karenah saya. Macam ni nak lepaskan juga?

Sopan depan Mama Ayah Abang-abang. Boleh ngam. Atau boleh geng dengan dorang lah senang cerita. Macam ni juga nak lepaskan?

Lastyear, dia ajak saya bercuti with his family. Ala pergi Legoland jela, bukan pergi mana pun. Jangan fikir lain. Lagipun dah pernah jumpa dah family dia. Baik. Sangat baik. Layan macam anak sendiri. Macam ni juga nak lepaskan?

Allah. Pelihara hubungan ini. Jauhkan kami dari maksiat Ya Allah. Jika ditakdirkan dia jodohku, aku terima dengan hati yang ikhlas. Jika tidak, hilangkan dia dari pandangan mataku, ingatanku agar aku tidak mengingatinya lagi. Ameen Ya Rob.

No comments:

Post a Comment